EKSPERIMEN BOTOL MUZIK

Posted: July 14, 2013 in Uncategorized

assalamualaikum….

Hari ini saya nk ajak anda  buat satu lagi eksperimen yang sgt mudah iaitu eksperimen botol muzik. Sgt2 sng… Sy dah cuba buat dgn anak-anak didik saya di Tadika IIUM EDUCARE GOMBAK . Hasilnya owesome !!!…Semua kanak-kanak sgt suka dan teruja.

Bahan-bahannya:

8 biji botol kaca

air putih

sudu

Cara-caranya:

1. Susun 8 biji  botol sebaris.

2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2 krgkn sedikit dan seterusnya)

3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol berbeza .( sepatutnya boleh dapat bunyi seakan ‘do re mi fa so la ti do’)

4. Cuba hasilkan lagu ” Mary Had A Little Lamb”.

Saya telah cuba banyak kali dan saya dapat menghasilkan lagu-lagu seperti “London Brigde Is Fallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli”. Memang bunyinya sedikit berbeza tetapi hampir sama.

Selamat Mencuba!!!

musical bottle 1

musical 3

musical 2

Assalamualaikum…

Posted: July 12, 2013 in Uncategorized

Setelah dua tahun sy bercuti dr blogging…sy kembali dan ingin berkongsi seberapa byk ilmu yg sy ade bersama kwn2 semua….sy dah menimba lbh byk ilmu dlm bidang awal knk2 ini…

Sy telah mempelajari byk subjek dlm course ini seperti pedagogi, penilaian kanak-kanak,awal sains, kerohanian, perkembangn awal knk2, kemahiran berfikir, literasi dan mcm2 lg.

Sy jg baru selesai praktikum di bhgn taska dan tadika di UIA Gombak Jun lalu.Byk penglmn yg sy dapati dr praktikum ini.Anratanya cara pengendalian taska tadika, cara penjagaan bayi dan knk2, cara pengajaran dan lain2 lg.

Sy akn cuba kongsi sebyk mana nota, cth soalan dan jwpn exam serta petua2 penjagaan bayi dan kanak-kanak serta cara2 memotivasi dan menarik minat bayi dan kanak-kanak.

Jika ada sebarang pertanyaan sila email…InshaAllah sy akn jwb secepat mungkin.

20130114_145206

Assalamualaikum……

Hai kawan-kawan…hari ini saya nak cerita pasal aiskrim goyang. 2 minggu lepas, kawan saya  Wan Suhana telah diberi tugasan membat eksperimen berdasarkan air. Jadi, dia telah memilih eksperimen aiskrim goyang. Saya tertarik dengan eksperimen ini, jadi saya mencuba melakukan di taman asuhan saya iaitu Pusat Jagaan Senyum Ceria pada 21/12/2011.

Saya telah menggunakan dua perisa pada hari ini iaitu strawberi dan kopi.Kedua-duanya habis dimakan……….

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1 .Bahan-bahannya ialah:

  • 1  kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh)
  • ½  bungkus garam
  • 1 bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)
  • Zip plastic  ( palstik yg boleh seal tu) – satu kecik dan satu besar
  • Suratkhabar
  • Tuala
  • Pita pelekat/ getah

Image2.  Tuangkan  susu dalam  zip plastic yang kecil. Pastikan seal betul-betul supaya tidak tumpah.

 Image

3. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak  ½ plastic dan masukkan garam diatas ais tersebut sebanyak separuh dari jumlah garam tersebut.

 Image

4. Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu tadi. Tambahkan ais sehingga ¾ penuh zip palstik tadi dan masukkan kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan sela kannya. Pastikan seal dengan baik.

 Image

5. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan itu nampak benar-benar padat.

 Image

6. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut gula-gula.

 Image

Image

7..Sekarang masanya untuk mengoyang… suruh anak-anak murid anda mengoyangkannya selama 10 ke 15 minit.

 Image

Image

8.Buka dan lihat hasilnya….jadi tak?!!!!!!

 Image

 Ye ye….jadi…..kata murid-murid saya…yang strawberi rasanya manis dan kopi rasa pahit sikit…..jadi, hari ini sya telah berjaya mengaplikasikan apa yang saya belajar dalam kelas ke taman asuhan saya….. murid-murid saya memang gembira dan seronok …..kepada kawan-kawan..selamat mencuba……..

Aside  —  Posted: December 21, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…….

Saya telah menceritakan tentang eksperimen dengan tumbuhan pada post yang lalu. Pada kali ini pula, saya akan menceritakan tentang eksperimen kedua yang diarahkan oleh pensyarah saya. Topic pelajaran adalah mengenai perbezaan air,udara dan tanah. Saya dan rakan-rakan sekelas telah dibahagikan mengikut kumpulan air, udara dan tanah. Setiap pelajar perlu membuat satu eksperimen  yang berbeza tetapi mempunyai berkaitan dengan  topic yang telah diberikan oleh pensyarah.

Saya telah mendapat topic udara. Pada mulanya saya ingin melakukan eksperiment berkaitan dengan udara dan buih sabun. Namun, eksperiment itu tidak bersesuaian yang KSPK. Jadi saya telah memilih eksperimen ‘TELUR TERAPUNG’.

Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.

Dalam eksperiment ini, saya ingin buktikan kepada rakan-rakan sekelas saya bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkah eksperiment ini:

  • Bahan-bahan:

ü       2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)

ü       Air paip

ü       Garam

ü       2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar

  • Cara-caranya:

a)    Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.

b)   Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.

c)    Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.

d)   Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.

e)   Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.

  • Hasilnya:

 

Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas

Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

 

  • Mengapa fenomena ini terjadi?

 

Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan,  telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi dari berat air dan ini   menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air garam tersebut.

Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDES…

”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.”

Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.

Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.

Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.

EKSPERIMEN OH EKSPERIMEN…………..

Posted: December 18, 2011 in eksperimen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…..

Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan tentang eksperimen-eksperimen yang telah saya lakukan didalam kelas. Saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya untuk mencuba melakukan 2 eksperimen yang berlainan. Topic pelajaran pada minggu tersebut adalah berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan jadi saya dan rakan sekelas telah diberi tugasan mencuba melakukan eksperimen yang berkaitan dengan tumbuhan.

Saya dan rakan sekelas telah diberikan kepada 8 kumpulan kerana pensyarah telah menyediakan 8 eksperimen yang berbeza. Saya telah ditugaskan untuk melakukan eksperimen yang keempat yang bertajuk ‘KEPERLUAN BIJI BENIH’. Berikut adalah soalannya:

  • Apa yang membuat biji benih bercambah?
  • Dengan mencambahkan biji benih sendiri, kamu akan ketahui apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk mencambahkan biji benih

Bahan-bahannya:

  • bekas tupperware/ penutup balang
  • Tuala kertas/ kapas
  • Biji kacang hijau
  • Air

Cara-caranya:

  • Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3
  • Rendam kacang dalam air seketika
  • Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekas
  • Tabur kacang ke atas ketiga-tiga bekas
  • Lembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya biji benih sentiasa lembap)
  • Penuhkan bekas 2 dengan air. Pastikan kacang ditenggelami air.
  • Semasa menjalankan eksperimen ini, keadaan cuaca sepanjang minggu adalah mendung dan hujan. Susah untuk melihat cahaya matahari yang benar-benar panas. Namun saya tetap mengikut setiap langkah yang diarahkan.

Hasilnya, selepas 4 hari saya dapati:

1.  Kacang hijau yang saya taburkan pada bekas pertama telah mula bercambah dengan mengeluarkan batang atau akar berwarna putih

.2.  Manakala dalam bekas kedua pula,  kelihatan kacang hijau terapung-apung didalam air tanpa sebarang perubahan.

3.  Dalam bekas ketika pula, dapat dilihat kacang hijau mengecut dan bertukar warna dari hijau ke warna perang.

Selepas 7 hari:

  1. Pada bekas pertama saya dapati kacang hijau telah tumbuh dengan baik tetapi tidaklah begitu subur.Saya rasa mungkin kerana kekurangan cahaya matahari akibat cuaca mendung dan hujan yang dialami sepanjang minggu. Namun saya rasa eksperimen saya ini tetap berjaya kerana kacang hijau tadi telah berubah bentuk dari biji berwarna hijua ke taugeh yang berwarna putih.
  2. Dalam bekas kedua pula, saya dapati kacang hijau tadi tetap terapung-apung didalm air tanpa sebarang perubahan dan air itu juga mempunyai bau yang agak busuk.
  3. Manakala dalam bekas ketiga saya dapati biji kacang hijau telah mengecut dan bertukar ke warna hitam.
  4.  Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa secara kesimpulannya tumbuhan memerlukan cahaya, air dan cahaya untuk hidup dan membesar. Tanpa ketiga-tiga sumber tersebut, tumbuhan tidak dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh tetapi tumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya mati atau layu.

 

 
 

Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara (http://www.psn.gov.my/bm/default.htm)

Tiket berharga RM3.00 boleh didapati di kaunter pintu masuk. Waktu lawatan: Isnin – Ahad (9:00 pagi – 5:00 petang); Pelawat dibenarkan masuk hingga pukul 4:00 petang.

SEKITAR LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (PSN)

Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara (PSN). Kami tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebut adalah hari kelepasan am, ramai pengunjung berada disanasamada mereka datang dengan keluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tugasan mata pelajaran Awal Sains Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran berunsurkan sains yang terdapat di sekitar Lembah Klang seperti Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, taman burung, rama-rama dan sebagainya. Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta dan pengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan ini, kami dapat menimba pengalaman dan memberi idea dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanak khasnya mata pelajaran Awal Sains.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan ‘Laluan ke Alam Sains’. Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.

Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:

Objek yang dinamakan ‘Sejuta Putaran’ dimana ianya memiliki enam (6) gear roda besar danlima(5) gear roda kecil. Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabila diputarkan roda besar pertama akan bergerak sehingga menyentuh roda kecil pertama dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan. Bagi menjatuhkan gelas di hujung roda, memerlukan sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaran mengikut arahan yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak sejuta pusingan agak mustahil. Di satu sudut dipamerkan gambaran ‘Kitaran Bumi’ yang menceritakan keadaan muka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis menyatakan bahawa bumi dibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua kemudiannya terpisah perlahan-lahan dan benua terus bergerak dan diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumi pada hari ini. Dinyatakan juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh tektonik plat. Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan kejadian yang dinamakan gempa bumi, selain itu terdapat kemungkinan berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini juga menceritakan bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada lapisan yang bergerak. Lapisan-lapisan tersebut terdiri daripada lapisan pepejal dan juga cecair yang mempunyai suhu yang tinggi. Terdapatlima(5) butang pada carta yang dipamerkan bagi mengetahui jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang tersebut tidak berfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:

1)    Teras dalam (The inner core)

2)    Teras luar (The outer core)

3)    Mantel (The mantle)

4)    Zon peralihan (The transition zone)

5)    Kerak (The crust)

Lebih menarik lagi, di satu sudut ‘Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.

Pada bahagian pameran yang dinamakan ‘Bioteknologi dalam industri makanan’. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan ‘penghibridan’, ‘kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan’ dan ‘bantuan pemprosesan’. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industri makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa (flavourings), keju, garam, gula, emulsifier dan ‘bicarbonate of soda’.

Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Akan tetapi tiada fakta lanjut yang dinyatakan berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu, ditunjukkan rupa sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis katak yang bermula telur, menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya berubah secara berperingkat sehingga menjadi seekor katak dewasa.

Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dan kemudiannya menjadi pokok besar. Gambarajah dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelas dan mudah difahami.

Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Seperti dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat bendalir tersebut maka semakin perlahan pergerakannya.

Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan ‘Sinaran Cahaya’. Di sini kami berpeluang bermain sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akan memantulkan corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta cembung dan kanta leper menghasilkan serakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut darjah berbeza.

Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang ‘Langit yang sentiasa resah’ (The restless sky), ‘Kebijaksanaan zaman kuno’ (Ancient Wisdom), ‘Gambar-gambar di langit’ (Pictures in the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh kumpulan bintang, ‘Peralatan ahli sains Islam’ (Instruments of Islamic scientist), ‘Jam cakerawala’ (The celestial time clock), ‘Mengukur alam semester’ (Measuring the universe),

‘Hujan Asid’ menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas yang terdapat di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampur dengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan, kilang dan sebagainya.

Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan ‘Arus Udara’; apabila butang ditekan udara akan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.

‘Kids Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik dan teruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di ‘Foam Factory’ di mana mereka menembak bola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.

Kami berpeluang mengunjungi ‘Pameran Dinasor’ yang julung kali diadakan. Pameran tersebut diadakan di tingkat dua bangunan PSN. Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranya mengenal spesis dinasor seperti Stegosaurus, Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus, Triceratops dan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan diberikan penerangan lengkap contohnya saiz, ketinggian, berat, jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran dinasor kami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna membentuk dinasor.

Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian ‘Alam Mesin Pintar’ di mana kami dapat melihat teknologi komputer yang lama dipamerkan. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatan teknologi yang dipamerkan.

Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke Subterranean Journey untuk mengalami sendiri suasana pengembaraan maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kaunter tiket pintu masuk ke PSN. Pada mulanya kami sangkakan bangunan tersebut tutup tetapi petugas yang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu belakang memandangkan bahagian ruang pameran depan sedang diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagi mengalami keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada disana, filem yang dimainkan berdasarkan pengembaraan di dasar laut kemudian melalui kawasan hutan dan gunung berapi dan berdepan dengan haiwan purba seperti dinasor dan burung yang besar. Suasana di dalam kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan cerita yang dimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami menaiki kabin tersebut sehingga tiga (3) kali.

Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan gambar-gambar berkenaan cetusan gunung berapi. Memandangkan kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapat melihat dan bereksperimen dengan bahan pameran berkenaan gunung berapi. Kami hanya mengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.

Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai sekitar pukul 4:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P awal sains kanak-kanak.

a)    ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN

1.Demonstrasi Sains
Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan menakjubkan. Demonstrator akan menunjukkan fenomena sains kepada penonton yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.

AKTIVITI-AKTIVITI

  • Elektrostatik
  • Ais Ajaib
  • Matematik, Topologi, Berseronok dengan Nombor
  • Buih Sabun
  • Ilusi Optik
  • Cyrogenic Fun
  • Tindakbalas Kimia
  • Awesome Experiments

WAKTU PROGRAM

     
 
Hari: Setiap hari kecuali Jumaat
Masa: 12.00 tengahari, 2.30 petang, dan 4.00 petang
 
     

 

 

2. Ekperiment

* Pusat Sains Negara telah menyediakan satu sudut yang dinamakan sebagai Sudut Eksperimen Sains. Sudut ini adalah khas bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga bagi keluarga.

* Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.

* Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat ujikaji dan pemerhatian sains yang terdapat di sudut Eksperimen Sainst. Pada satu masa terdapat 3 atau lebih eksperimen mudah yang boleh dijalankan.

* Sudut Eksperimen sains ini dibuka setiap hari KECUALI Jumaat dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Ianya terletak di ruangan Atrium Pusat Sains Negara dan penyertaan

3. Peneroka Comel (pra sekolah)
  Merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak yang berumur 2 – 4 tahun mengenai sains di sekeliling mereka melalui aktiviti sentuhan tangan secara berpandu dan berselia.
   
Tajuk – tajuk aktiviti :

a) Mengenal warna dan saiz - mengasingkan bola mengikut perbezaan warna dan saiz

b) Kesedaran kerjaya melalui bermain - alami pengalaman sebagai seoran gdoktor, jurutera, angkasawan dan juruselam

c) Bermain dengan blok geometri - kesedaran tentang bentuk geometri dalam kehidupan seharian

d) Aktiviti mengenali haiwan - mengenali corak jejak kaki dan meneka bunyi haiwan

e) Aktiviti berat dan keseimbangan - bermain dengan burung dan ‘clown’ (mengimbang objek)

f) Cahaya dan Bayang-bayang - Cahaya dan bayang-bayang mencipta dan mengubah saiz bayang-bayang

g) Bunyi – menghasilkan pelbagai bunyi dan menentukan kelansingan bunyi

h) Jejak dedaun - membuat pengkelasan daun mengikut saiz, bentuk, warna dan corak urat daun

i) Warna - melihat warna pelbagai objek dengan menggunakan cermin mata berwarna

j) Pertumbuhan biji benih - memerhati dan mengasingkan biji benih serta melihat pertumbuhannya

k) Penerokaan deria sentuh - mengenalpasti persamaan dan perbezaan pelbagai jenis objek

b)   AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG SECARA TAHUNAN

 

Kalendar aktiviti 2011

Top of Form

Tahun 2011 Tahun 2010 Tahun 2009 Tahun 2008 Tahun 2007 Tahun 2006

Bottom of Form

  Bulan

Program

 
 
 
  Januari
  • Pameran Dinos Alive !
  • Hari Inovasi Malaysia
 
  Februari
  • Pameran Dinos Alive !
  • MBBC Cheque Hand-over ceremony
 
  Mac
  • Pameran Dinos Alive !
  • Dinos Festival
  • Dinos Science Camp
  • Science On Wheels
 
  April
  • Pameran Dinos Alive !
  • Karnival Kimia Malaysia
 
  Mei
  • Pameran Dinos Alive !
  • 1Malaysia Solar Competition
  • Perasmian Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011
  • The Ice Age Experience (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)
  • Science On Wheels
  • Science On The Move
  • Kelana Sains
 
  Jun
  • Pameran Dinos Alive !
  • Draw My Farm Carnival
  • Science On Wheels
  • Kelana Sains
  • Karnival Sains Udara (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)
 
  Julai
  • Special Science Day
 
  Ogos
  • Science On The Move
 
  September
  • Robotic Festival
  • Pertandingan Robotik Kebangsaan (Akhir)
  • Science On The Move
 
  Oktober
  • Science Kid
 
  November
  • First Malaysia Paper Plane Competition
 
  Disember
  • Pelancaran Tahun Sains Negara 2012
  • Sambutan Jubli Perak Pusat Sains Negara
  • Pesta Sains

 

Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak  adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari hari.

Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu teknik pengajaran yang menggunakan kaedah lawatan. Bersesuaian dengan subjek yang di ambil, program ini juga dilihat boleh meningkatkan pengetahuan sedia kami,memberi idea baru kepada kami untuk mengajar kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan  kemahiran kognitif kanak-kanak,memperolehi ilmu baru dan sekali gus memberi peluang kepada kami mendalami  ilmu sains dengan lebih dekat lagi.Diharapkan dengan pelaksanaan projek ini akan mendapat manfaat yang maksimum sekaligus mencapai objektif projek ini.

 
Lawatan tersebut adalah sebahagian dari tugasan yang berkaitan dengan subjek Awal Sains bagi semester ini. Banyak perkara yang boleh dilihat, diperhatikan, diaplikasikan untuk pengajaran dan pembelajan (P&P) dan memberi ruang terutamanya kepada kanak-kanak mempelajari serta meneroka dunia Sains. Kami juga berkesempatan menyaksikan pameran Dinasour.
 
Dalam pada itu, saya dan rakan kumpulan bagi tugasan Awal Sains, Hazlina dan Margaret  bercadang membuat projek sains berkenaan gunung berapi (Volcano)……Berikut adalah Rancangan Pengajaran yang telah kami buat sebagai kesinambungan kepada lawatan yang telah kami lalui.
 

5. RANCANGAN MENGAJAR

Kelas                                      : Prasekolah Dahlia

Tarikh                                    : 19.10.2011 (Selasa)

Masa                                       : 10.00 pagi (25 minit)

Bilangan Murid                   : 25 orang

Umur                                      : 6 tahun

Tema                                       :  Alam Sekitar

Tajuk                                       : Kejadian Gunung Berapi

Tunjang Utama                   : Sains Dan Teknologi

Standard Kandungan        : (ST 5.1)  Meneroka fenomena alam  iaitu letusan gunung berapi.

Standard Pembelajaran   : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk letusan gunung berapi

Kesatuan Tunjang               : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

Objektif                                    : Pada akhir pengajaran  murid akan dapat :

  1. Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi.
  2.  Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan gunung berapi.

Pengetahuan sedia ada      : Kanak –kanak pernah melihat letusan gunung berapi di   televisyen.

Nilai-nilai murni                   :    Menghargai alam sekitar

Mengetahui kejadian alam semesta

Alat bantuan mengajar      :   Model binaan gunung berapi, cuka, baking , pewarna, pencuci pinggan mangkuk

Langkah /Masa

Isi Kandungan

Aktiviti

Catatan/Bahan

Set Induksi

(3 minit)

 

Model Gunung Berapi

 
  • Murid-murid memerhatikan guru masuk ke kelas bersama Model gunung  berapi.
  • Guru bersoal jawap dengan murid.

Contoh soalan:

1.Apakah benda ini?

(gunung)

2.Siapa pernah mendaki gunung?

3.Apa warna gunung?

  • Guru memperkenalkan tema minggu ini.
 
  • Model Gunung Berapi
  • Bimbingan

Guru

 

Langkah 1

(7 minit)

 

-proses gunung berapi meletup

 
  • Murid–murid ditunjukkan gambar-gambar kejadian gunung berapi.
  • Murid-murid memerhati dan bersoal jawab dengan guru.

Contoh soalan:

1.Mengapa gunung berapi berlaku?

2.Bagaimana terjadinya letusan gunung berapi?

 
  • Gambar gunung berapi
  • Bimbingan

guru

 

Langkah 2

(12 minit)

 

-Demonstrasi letupan gunung berapi

 
  • Guru memperkenalkan bahan atau alatan untuk menghasilkan letupan gunung berapi.
  • Murid-murid memerhatikan tunjuk cara guru dalam menghasilkan letupan gunung berapi.
  • Murid –murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru.
 

- Model gunung berapi.

- Cuka

- Pewarna

- Pabun

- Baking soda

 

Penutup

(3 minit)

 

-Cerita pendek tentang kesan gunung berapi

 
  • Murid-murid diminta bercerita  tentang kesan selepas gunung berapi terjadi.

Contoh:

binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain.

 

- Replika binatang, pokok dan lain-lain.

-Model gunung berapi  yang telah digunakan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dari awal tugasan diberikan sehinggalah ke tahap ini, saya berasa amat gembira dengan pencapaian saya dan ahli kumpulan saya. Segala kesukaran yang saya dan ahli kumpulan lain telah hadapi akhirnya membuahkan hasil yang baik.

Laporan yang telah dihasilkan ini adalah hasil daripada lawatan yang telah diadakan pada 23 Oktober 2011. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mengenalpasti subjek yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran diprasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah. Saya dan ahli kumpulan perlu mencari subjek yang sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak diperingkat prasekolah.

Saya dan ahli kumpulan telah tertarik dengan subjek kejadian letusan gunung berapi kerana subjek ini boleh dilakukan secara amali atau eksperimen bersama kanak-kanak. Jadi, saya dan ahli kumpulan mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan gunung berapi di Pusat Sains Negara.

Disamping mencari fakta tentang gunung berapi itu, saya berasa amat kagum melihat beberapa kejadian alam seperti putaran system solar, kitaran benda hidup, proses tenaga hidrolik,puting beliung, system perkumuhan, system pernafasan, pasang surut air laut  dan macam-macam lagi. Saya amat tertarik untuk mengetahui punca-punca, bagaimana,bila,kenapa dan mengapa kejadian ini berlaku dimuka bumi ini.

Pameran Dinosour juga menarik perhatian saya walaupun bilik pamerannya tidak begitu besar tetapi ada lebih kurang 10 jenis dinosaur yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya. Ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang haiwan alam purba yang bersaiz besar ini.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati dan gembira dengan lawatan ini dan berasa amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan laporan ini bersama ahli kumpulan saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Kamariah Bt Abu Bakar diatas tunjuk ajar yang diberikan. Jasa puan amat saya hargai. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan sekelas dan yang terlibat.

 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam 19/11/2011, pensyarah  saya telah memberi tugasab berkumpulan mengenai alam sekitar. Saya dan rakan-rakan disuruh merekacipta suatu program yang bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. Program ini perlu ada slogan, tempoh selama 4 minggu dan mengutarakan isu-isu yang positif dan membina untuk kanak-kanak.

Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah sebulat suara memilih tema ‘KITAR SEMULA’ bagi program kami.  Berikut adalah antara rancangan-rancangan dalam program kami.

Nama  Kumpulan:   GO CLEAN

Ahli Kumpulan: 1. Syimar Hidawati Bt Sogimin  2. Hazlina Bt Khiruddin  3. Roslizarina Bt Rasli    4. NorErliana Bt Hafizi

Slogan: KITA KITAR KITA SIHAT

Tempoh: 4 MINGGU ( SEBULAN)

Perancangan:

Minggu 1 – PENGHASILAN

Menghasilkan bekas-bekas pembuangan bahan yang boleh diltar semula. Saya dan rakan-rakan telah memilih tiga jenis bahan iaitu tin aluminium, kertas dan kaca. Saya dan rakan-rakan memfokuskan kepada tiga jenis bahan ini kerana bagi kami ini adalah suatu permulaan memupuk kesedaran kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Bekas-bekas dihasilkan daripada kotak-kotak yang diwarna dan dilabelkan seperti berikut:

  • Coklat = untuk barangan kaca
  • Biru = untuk barangan kertas
  • Oren = untuk barangan tin aluminium

Pada minggu pertama ini , kanak-kanak akan diberi pendedahan tentang ketiga-tiga bahan ini dari segi penggunaan dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Disamping mendatangkan kesedaran tentang bahayanya kesan ketiga-tiga bahan ini, sikap tanggungjawab dapat dipupuk serta diterapkan dalam diri kanak-kanak.

Kanak-kanak umpama span yang senang menyerap air, segala informasi yang diberikan kepada kanak-kanak akan diingat dan dilakukan jika diberi peluang dan latihan yang secukupnya.

Minggu 2 – PENGUMPULAN

Selama lima hari dalam minggu ini, kanak-kanak diminta membawa bahan buangan dari rumah masing-masing.  Kanak-kanak akan mengumpul seberapa banyak bahan buangan yang boleh dikitar semula bersama rakan-rakan. Bahan buangan yang perlu dikumpul ialah tin aluminium, botol kaca dan kertas.

Guru memainkan peranan sebagai agen kitar semula iaitu setiap hari mengingatkan murid-murid agar mengutip bahan buangan yang ingin digunakan dalam program ini.

Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan bahan buangan seperti mengemekkan tin-tin air, membuang air didalam botol-botol kaca serta melipat kertas dengan baik dan mengikatnya agar kelihatan kemas. Amalan ini akan mengelakkan kekotoron,bau dan juga elakkan kehadiran serangga seperti semut dan juga lalat.

Proses diminggu kedua ini dapat memupuk sikap displin dan amanah di dalam diri kanak-kanak. Jika proses ini sering dilakukan oleh kanak-kanak ianya akan menjadi rutin sehingga kanak-kanak dewasa kelak.

Minggu 3 – PENGELASAN

Pada peringkat ini, kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk mengelaskan bahan-bahan buangan ke dalam bekas-bekas yang telah dihasilkan pada minggu pertama tadi.Kanak-kanak akan diberi peluang meletakkan sendiri bahan-bahan yang telah dikumpul mengikut pengelasan masing-masing.

Aktiviti ini memupuk sifat kesabaran kepada kanak-kanak kerana mereka akan memilih dan mengelaskan bahan buangan tersebut.Kerjasama antara kanak-kanak ini akan membant kelancaran program yang telah dirancang ini.

MInggu 4 – PENGHANTARAN

Setelah selesai melalui ketiga-tiga peringkat di atas, tibalah masanya untuk menghantar semua bahan buangan yang telah dikelaskan ke pusat kitar semula  yang berdekatan.

Kesimpulan

Program ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan alam sekitar. Adalah lebih baik jika semua prasekolah kerajaan dan swasta mengadakan program ini kerana akan dapat membantu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Hasil daripada program kitar semula ini, kanak-kanak akan dapat memahami konsep menjaga alam sekitar dan  sedar tentang tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dalam menyumbang kepada keindahan alam serta persekitaran sihat. Kanak-kanak juga akan mengamalkan kitar semula sebagai amalan di dalam kehidupan mereka hingga dewasa kelak. Akhirnya, masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan nyaman.

‘  KITA KITAR….. KITA SIHAT ‘