Bahan Bacaan Sains Kanak-Kanak

Posted: October 18, 2011 in Uncategorized

Minggu ini, saya akan ceritakan tentang bahan bacaan yang berunsurkan sains yang diterbitkan seawal tahun 1980an. Bahan bacaan berunsurkan  sains adalah salah  satu instrument yang amat baik bagi memperkenalkan ilmu sains kepada kanak-kanak secara dekat. Kanak-kanak mempunyai minat yang cenderung kepada pembacaan komik,majalah dan buku-buku cerita. Justeru itu, penerbitan bahan-bahan bacaan yang menyelitkan tentang ilmu sains adalah amat berguna dan penting kepada kanak-kanak. Bahan-bahan bacaan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit dan pasaraya.

Bahan-bahan bacaan ini telah diterbitkan seawal tahun 1980 lagi.  Isi kandungan dan isu-isu yang diketengahkan dalam setiap bahan bacaan adalah mengikut peringkat umur dan peredaran masa. Berikut adalah beberapa jenis bahan-bahan bacaan terawal yang diterbitkan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak.

Bambino yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1972 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-15, diilhamkan daripada karakter Bambi ciptaan Disney. Majalah bulanan terbitan Penerbitan Suarasa yang diterajui oleh pelukis kartun terkenal seperti Rizalman, Mishar, dan Rosdin ini dilihat sebagai wadah wacana pengetahuan kepada kanak-kanak ketika itu.Bambino memuatkan beberapa siri komik, cerpen, cerita bersiri, penciptaan sains dan ruang lain yang lazim terdapat dalam majalah kanak-kanak ketika itu seperti mencari gambar tersembunyi dan peraduan melukis (“Bakat Bambino”) di samping bimbingan melukis untuk pembacanya di ruangan “Mari Melukis Bersama Bambino” yang dikelolakan oleh Abdul Halim Teh.  Selain itu, pembaca boleh memberikan maklum balas atau pandangan kepada ketua pengarangnya yang dikenali sebagai Pakcik Bambino di ruang “Apa Kata Anda”.

Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya yang diterbitkan oleh Raz Studio. Majalah ini agak popular dan mendapat tempat dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah yang membesar pada era 1980-an. Nama majalah ini merujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat dalam majalah berkenaan, iaitu Bujal, kanak-kanak lelaki nakal yang sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut  boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat majalah berkenaan. Sesuai dengan motonya atau “tagline” majalah ini, iaitu “Berhibur Sambil Belajar”, semua siri kartun di dalamnya seperti , termasuk “Bujal” yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalam suasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakter yang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah ini juga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah ia menjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan “Story Time” di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.

Dewan Pelajar pula merupakan majalah bercorak pendidikan dan sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan untuk pelajar sekolah rendah. Majalah terbitan DBP ini sejak tahun 1967 sehingga kini diterbitkan bagi menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai lapangan dengan tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Melayu. Majalah ini juga mengasuh dan  mengembangkan bakat serta daya kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan seperti cerpen dan puisi melalui ruangan yang disediakan. Dengan adanya ruangan seperti “Belajar Jawi”, “Peribahasa”, “Time for English”, “Dunia Sains”, “Ensiklopedia”, “Pintar Bahasa”, dan “Mathematic Genius”, jelas bahawa kandungannya adalah pelbagai dan kerana itu ada guru yang menjadikannya sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Majalah Kuntum yang diterbitkan oleh Star Publication (M) Berhad sejak tahun Februari 1980 masih kekal hingga kini. Majalah bulanan berbahasa Melayu yang dijual pada harga RM2.00 senaskhah ini memang khusus disasarkan kepada golongan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. Sesuai dengan motonya “Mendidik Sambil Menghibur”, banyak aktiviti yang menyeronokkan dan percutian dianjurkan untuk pembaca yang menjadi ahli Kelab Kuntum. Majalah ini juga sering digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

             

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s