KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSAN

Posted: November 12, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…… kali ini saya telah diberi tugas tentang kempen alam sekitar…setelah mengambil masa selama lebih kurang seminggu, saya telah membuat keputusan untuk memilih  KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSAN sebagai topik perbincangan kali ini.

Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF mulai November 201o dan tiada tarikh luputnya. Kempan ini dijalankan sepanjang hayat dan dianggarkan dapat mencapai target pada tahun 2022.

ISU YANG BERKAITAN MASALAH KEPUPUSAN HARIMAU
Saya masih ingat lagi semasa umur saya 8 tahun sekitar tahun 1988 di kampung Bantal, Ulu Tembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat padang pada waktu petang menyaksikan banyak harimau telah ditembak oleh orang kampung. Semua orang berasa amat puas melihat kesemua harimau itu mati ditangan mereka.
Harimau di seluruh dunia semakin pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang cuma tinggal 3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika tidak ada usaha bersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12 tahun harimau akan pupus. Amat sukar membayangkan spesies haiwan yang dipanggil Pak Belang dek kerangka badannya yang tegap dan berbelang akan pupus daripada muka bumi ini.

Walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan semua pihak apabila Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjangkakan hidupan liar tersebut akan pupus dalam masa 12 tahun lagi jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera.

“Senario buruk adalah harimau boleh menjadi pupus apabila tahun harimau mengikut kalendar Lunar tiba dalam masa 12 tahun lagi,” kata Ketua Program Pemuliharaan Alam Antarabangsa, Ola Jennersten pada WWF Sweden. Organisasi berkenaan sedang giat melakukan kempen global pemuliharaan harimau dalam usaha melipat ganda jumlah haiwan berkenaan sebelum tahun 2022.

Sejak 70 tahun lalu, tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian sudah pun pupus, manakala enam lagi sub spesies yang masih kekal sehingga hari ini adalah Amur, Benggala, Indochina, Malaya, China Selatan dan Sumatra.Bagaimanapun, keenam-enam sub spesies tersebut berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah tiga spesies yang sudah pupus sebelum ini jika sesuatu tidak dilakukan dalam pemuliharaan terhadap hidupan liar itu.

Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan habitat dan perdagangan bahagian harimau yang digunakan untuk ubatan tradisional memberi kesan mendalam terhadap hidupan liar itu.Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun sebanyak 97 peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini.

Walaupun angka-angka tersebut dilihat agak suram, keadaan sekarang adalah lebih baik berbanding sebelum ini. Ia penuh dengan harapan untuk menyelamatkan harimau-harimau ini,” kata Jennersten.Menurut WWF, sebanyak 1,800 harimau kini boleh dilihat di India, Nepal, Bhutan dan Bangladesh. Di Sumatera, Indonesia pula terdapat 450 ekor manakala 400 berada di Malaysia.Sebanyak 350 ekor lagi harimau itu berada di sekitar Asia Tenggara dan 450 hidup berada di Rusia.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL:

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dari dalam dan luar negara telah cuba mengambil beberapa langkah  bagi memastikan haiwan ini diipantau bagi mengelakkan kepupusannya. Kerjasama semua pihak ini telah mewujudkan kempen ini dan cuba memastikan kempen ini berkesan.

Persidangan kemuncak empat hari “tiger summit”  telah dihadiri oleh 13 negara diadakan di St. Petersburg, Rusia bermula pada 22 November 2010 adalah untuk merancang mengelakkan kepupusan harimau. Usaha yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir Putin. Pakar harimau ini berkata jika tiada tindakan drastik di ambil , harimau akan cepat pupus. 13 negara yang menghadiri persidangan diharap komited mengandakan populasi harimau menjelang 2022.
Justeru itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis akan diberi dana USD$330 juta dari Bank Dunia yang mengetuai inisiatif harimau global. 13 negara yang menyertai itu ialah Bangladesh, Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.
Bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu terutamanya daerah Tahan. Saya percaya agensi-agensi kerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana tersebut dan benar-benar menyokong serta memberi kerjasam dalam kempen ini.
Sebelum kempen ini dijalankan, di Gerik,Kempen Bergerak Harimau MYCAT  telah bergerak  di Malaysia sejak 2007 dengan tujuan dapat memberi kesedaran dan pemulihan tentang kepupusan harimau yang semakin meruncing dinegara kita. Kempen MYCAT  ini melibatkan semua penduduk kampung didaerah yang terlibat dan pendedahan tentang kegiatan pemburu harimau haram yang menyalahi undang-undang negara.
MENGAPA HARIMAU DIBUNUH DAN SEMAKIN PUPUS :
1.Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi pasaran haram bagi harimau terutama di Asia seperti di China dan Vietnam serta di seluruh dunia.
2.Persepsi orang Cina, harimau baik untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati, limpa, jantung, perut dan juga persepsi status kerana memakan harimau.
3. Habitat dan makanan harimau juga semakin pupus kerana kerja-kerja menarah bukit dan hutan untuk aktiviti pembangunan yang semakin giat dan meluas dijalankan diserata dunia.
4. Akibat daripada kepupusan habitat dan makanannya, harimau telah mula memasuki kampung yang didiami penduduk lalu membunuh manusia dan akhirnya harimau dibunuh
TUJUAN DAN FAEDAH KEMPEN INI DIJALANKAN
Tujuan kempen ini dujalankan adalah untuk:
1. Memelihara dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk memastikan ikon Malaysia ini agar tidak pupus supaya generasi akan datang dapat mengetahui tentang harimau dan kegunaannya.
2. Ianya adalah salah satu cara atau alternatif agar masyarakat sedar bahawa harimua juga berhak mendapat  habitat yang aman, hukuman dan  undang-undang antiperburuan liar menjadi lebih  ketat, dan mendidik masyarakat agar mereka faham tentang harimau.

3. Mengurangkan perdagangan organ-organ, kulit dan bahagian tubuh lain harimau yang dijalankan secara haram.

4. Melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang harimau dan pemakanannya serta menggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.

SARANAN YANG DITEKANKAN
2 plan untuk menyelamatkan harimau daripada pupus;
  • Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan populasi harimau Malaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh Malaysia sejak 2 tahun dulu.
  • Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong kuat oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Malaysia.
 Lihat dan renungkanlah wajah-wajah anak-anak harimau ini. Walaupun haiwan pemakan daging ,mereka juga ingin hidup seperti haiwan lain……..mereka tidak dilahirkan untuk dibunuh……..
 SAYANGILAH HARIMAU…jangan biarkan haiwan ini pupus sebelum tiba masanya…berilah peluang kepadanya untuk menikmati keindahan kehidupan dihutan hijau ciptaan yang Maha Esa….
‘HARGAI DAN SAYANGILAH HARIMAU KERANA HARIMAULAH HERO KITA’
Comments
  1. muaz bin ishak says:

    assalamualaikum…sya ingin tahu bagaimana untuk menyumbang dana demi menyelamatkan hidupan liar hkususnya harimau di malaysia dan dunia amnya..dan bagaimana saya ingin menyertai mycat atau apa saja badan yang melindungi haiwan lagenda ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s