KITAR SEMULA DAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Posted: November 20, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam 19/11/2011, pensyarah  saya telah memberi tugasab berkumpulan mengenai alam sekitar. Saya dan rakan-rakan disuruh merekacipta suatu program yang bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. Program ini perlu ada slogan, tempoh selama 4 minggu dan mengutarakan isu-isu yang positif dan membina untuk kanak-kanak.

Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah sebulat suara memilih tema ‘KITAR SEMULA’ bagi program kami.  Berikut adalah antara rancangan-rancangan dalam program kami.

Nama  Kumpulan:   GO CLEAN

Ahli Kumpulan: 1. Syimar Hidawati Bt Sogimin  2. Hazlina Bt Khiruddin  3. Roslizarina Bt Rasli    4. NorErliana Bt Hafizi

Slogan: KITA KITAR KITA SIHAT

Tempoh: 4 MINGGU ( SEBULAN)

Perancangan:

Minggu 1 – PENGHASILAN

Menghasilkan bekas-bekas pembuangan bahan yang boleh diltar semula. Saya dan rakan-rakan telah memilih tiga jenis bahan iaitu tin aluminium, kertas dan kaca. Saya dan rakan-rakan memfokuskan kepada tiga jenis bahan ini kerana bagi kami ini adalah suatu permulaan memupuk kesedaran kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Bekas-bekas dihasilkan daripada kotak-kotak yang diwarna dan dilabelkan seperti berikut:

  • Coklat = untuk barangan kaca
  • Biru = untuk barangan kertas
  • Oren = untuk barangan tin aluminium

Pada minggu pertama ini , kanak-kanak akan diberi pendedahan tentang ketiga-tiga bahan ini dari segi penggunaan dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Disamping mendatangkan kesedaran tentang bahayanya kesan ketiga-tiga bahan ini, sikap tanggungjawab dapat dipupuk serta diterapkan dalam diri kanak-kanak.

Kanak-kanak umpama span yang senang menyerap air, segala informasi yang diberikan kepada kanak-kanak akan diingat dan dilakukan jika diberi peluang dan latihan yang secukupnya.

Minggu 2 – PENGUMPULAN

Selama lima hari dalam minggu ini, kanak-kanak diminta membawa bahan buangan dari rumah masing-masing.  Kanak-kanak akan mengumpul seberapa banyak bahan buangan yang boleh dikitar semula bersama rakan-rakan. Bahan buangan yang perlu dikumpul ialah tin aluminium, botol kaca dan kertas.

Guru memainkan peranan sebagai agen kitar semula iaitu setiap hari mengingatkan murid-murid agar mengutip bahan buangan yang ingin digunakan dalam program ini.

Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan bahan buangan seperti mengemekkan tin-tin air, membuang air didalam botol-botol kaca serta melipat kertas dengan baik dan mengikatnya agar kelihatan kemas. Amalan ini akan mengelakkan kekotoron,bau dan juga elakkan kehadiran serangga seperti semut dan juga lalat.

Proses diminggu kedua ini dapat memupuk sikap displin dan amanah di dalam diri kanak-kanak. Jika proses ini sering dilakukan oleh kanak-kanak ianya akan menjadi rutin sehingga kanak-kanak dewasa kelak.

Minggu 3 – PENGELASAN

Pada peringkat ini, kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk mengelaskan bahan-bahan buangan ke dalam bekas-bekas yang telah dihasilkan pada minggu pertama tadi.Kanak-kanak akan diberi peluang meletakkan sendiri bahan-bahan yang telah dikumpul mengikut pengelasan masing-masing.

Aktiviti ini memupuk sifat kesabaran kepada kanak-kanak kerana mereka akan memilih dan mengelaskan bahan buangan tersebut.Kerjasama antara kanak-kanak ini akan membant kelancaran program yang telah dirancang ini.

MInggu 4 – PENGHANTARAN

Setelah selesai melalui ketiga-tiga peringkat di atas, tibalah masanya untuk menghantar semua bahan buangan yang telah dikelaskan ke pusat kitar semula  yang berdekatan.

Kesimpulan

Program ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan alam sekitar. Adalah lebih baik jika semua prasekolah kerajaan dan swasta mengadakan program ini kerana akan dapat membantu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Hasil daripada program kitar semula ini, kanak-kanak akan dapat memahami konsep menjaga alam sekitar dan  sedar tentang tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dalam menyumbang kepada keindahan alam serta persekitaran sihat. Kanak-kanak juga akan mengamalkan kitar semula sebagai amalan di dalam kehidupan mereka hingga dewasa kelak. Akhirnya, masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan nyaman.

‘  KITA KITAR….. KITA SIHAT ‘

About these ads
Comments
  1. rifa hana says:

    mencintai ciptaan allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s