Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara (http://www.psn.gov.my/bm/default.htm)
SEKITAR LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (PSN)
Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara (PSN). Kami tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebut adalah hari kelepasan am, ramai pengunjung berada disanasamada mereka datang dengan keluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tugasan mata pelajaran Awal Sains Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran berunsurkan sains yang terdapat di sekitar Lembah Klang seperti Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, taman burung, rama-rama dan sebagainya. Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta dan pengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan ini, kami dapat menimba pengalaman dan memberi idea dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanak khasnya mata pelajaran Awal Sains.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan ‘Laluan ke Alam Sains’. Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang dipamerkan.
Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:
Objek yang dinamakan ‘Sejuta Putaran’ dimana ianya memiliki enam (6) gear roda besar danlima(5) gear roda kecil. Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabila diputarkan roda besar pertama akan bergerak sehingga menyentuh roda kecil pertama dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan. Bagi menjatuhkan gelas di hujung roda, memerlukan sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaran mengikut arahan yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak sejuta pusingan agak mustahil. Di satu sudut dipamerkan gambaran ‘Kitaran Bumi’ yang menceritakan keadaan muka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis menyatakan bahawa bumi dibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua kemudiannya terpisah perlahan-lahan dan benua terus bergerak dan diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumi pada hari ini. Dinyatakan juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh tektonik plat. Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan kejadian yang dinamakan gempa bumi, selain itu terdapat kemungkinan berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini juga menceritakan bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada lapisan yang bergerak. Lapisan-lapisan tersebut terdiri daripada lapisan pepejal dan juga cecair yang mempunyai suhu yang tinggi. Terdapatlima(5) butang pada carta yang dipamerkan bagi mengetahui jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang tersebut tidak berfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:
1) Teras dalam (The inner core)
2) Teras luar (The outer core)
3) Mantel (The mantle)
4) Zon peralihan (The transition zone)
5) Kerak (The crust)
Lebih menarik lagi, di satu sudut ‘Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.
Pada bahagian pameran yang dinamakan ‘Bioteknologi dalam industri makanan’. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan ‘penghibridan’, ‘kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan’ dan ‘bantuan pemprosesan’. Di sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industri makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa (flavourings), keju, garam, gula, emulsifier dan ‘bicarbonate of soda’.
Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Akan tetapi tiada fakta lanjut yang dinyatakan berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu, ditunjukkan rupa sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis katak yang bermula telur, menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya berubah secara berperingkat sehingga menjadi seekor katak dewasa.
Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dan kemudiannya menjadi pokok besar. Gambarajah dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelas dan mudah difahami.
Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Seperti dalam arahan, tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat bendalir tersebut maka semakin perlahan pergerakannya.
Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan ‘Sinaran Cahaya’. Di sini kami berpeluang bermain sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akan memantulkan corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta cembung dan kanta leper menghasilkan serakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut darjah berbeza.
Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang ‘Langit yang sentiasa resah’ (The restless sky), ‘Kebijaksanaan zaman kuno’ (Ancient Wisdom), ‘Gambar-gambar di langit’ (Pictures in the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh kumpulan bintang, ‘Peralatan ahli sains Islam’ (Instruments of Islamic scientist), ‘Jam cakerawala’ (The celestial time clock), ‘Mengukur alam semester’ (Measuring the universe),
‘Hujan Asid’ menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas yang terdapat di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampur dengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan, kilang dan sebagainya.
Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan ‘Arus Udara’; apabila butang ditekan udara akan keluar melalui corong dan bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.
‘Kids Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik dan teruja akan tempat ini. Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.
Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di ‘Foam Factory’ di mana mereka menembak bola supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.
Kami berpeluang mengunjungi ‘Pameran Dinasor’ yang julung kali diadakan. Pameran tersebut diadakan di tingkat dua bangunan PSN. Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranya mengenal spesis dinasor seperti Stegosaurus, Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus, Triceratops dan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan diberikan penerangan lengkap contohnya saiz, ketinggian, berat, jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran dinasor kami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna membentuk dinasor.
Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian ‘Alam Mesin Pintar’ di mana kami dapat melihat teknologi komputer yang lama dipamerkan. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatan teknologi yang dipamerkan.
Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke Subterranean Journey untuk mengalami sendiri suasana pengembaraan maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kaunter tiket pintu masuk ke PSN. Pada mulanya kami sangkakan bangunan tersebut tutup tetapi petugas yang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu belakang memandangkan bahagian ruang pameran depan sedang diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagi mengalami keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada disana, filem yang dimainkan berdasarkan pengembaraan di dasar laut kemudian melalui kawasan hutan dan gunung berapi dan berdepan dengan haiwan purba seperti dinasor dan burung yang besar. Suasana di dalam kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan cerita yang dimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami menaiki kabin tersebut sehingga tiga (3) kali.
Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan gambar-gambar berkenaan cetusan gunung berapi. Memandangkan kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapat melihat dan bereksperimen dengan bahan pameran berkenaan gunung berapi. Kami hanya mengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.
Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai sekitar pukul 4:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P awal sains kanak-kanak.
a) ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN
| 1.Demonstrasi Sains | |||||||||||||
| Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan menakjubkan. Demonstrator akan menunjukkan fenomena sains kepada penonton yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.
AKTIVITI-AKTIVITI
WAKTU PROGRAM
|
2. Ekperiment
* Pusat Sains Negara telah menyediakan satu sudut yang dinamakan sebagai Sudut Eksperimen Sains. Sudut ini adalah khas bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga bagi keluarga.
* Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.
* Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat ujikaji dan pemerhatian sains yang terdapat di sudut Eksperimen Sainst. Pada satu masa terdapat 3 atau lebih eksperimen mudah yang boleh dijalankan.
* Sudut Eksperimen sains ini dibuka setiap hari KECUALI Jumaat dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Ianya terletak di ruangan Atrium Pusat Sains Negara dan penyertaan
| 3. Peneroka Comel (pra sekolah) | |||
|
|||
| Tajuk – tajuk aktiviti :
a) Mengenal warna dan saiz - mengasingkan bola mengikut perbezaan warna dan saiz b) Kesedaran kerjaya melalui bermain - alami pengalaman sebagai seoran gdoktor, jurutera, angkasawan dan juruselam c) Bermain dengan blok geometri - kesedaran tentang bentuk geometri dalam kehidupan seharian d) Aktiviti mengenali haiwan - mengenali corak jejak kaki dan meneka bunyi haiwan e) Aktiviti berat dan keseimbangan - bermain dengan burung dan ‘clown’ (mengimbang objek) f) Cahaya dan Bayang-bayang - Cahaya dan bayang-bayang mencipta dan mengubah saiz bayang-bayang g) Bunyi – menghasilkan pelbagai bunyi dan menentukan kelansingan bunyi h) Jejak dedaun - membuat pengkelasan daun mengikut saiz, bentuk, warna dan corak urat daun i) Warna - melihat warna pelbagai objek dengan menggunakan cermin mata berwarna j) Pertumbuhan biji benih - memerhati dan mengasingkan biji benih serta melihat pertumbuhannya k) Penerokaan deria sentuh - mengenalpasti persamaan dan perbezaan pelbagai jenis objek b) AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG SECARA TAHUNAN |
|||
|
Kalendar aktiviti 2011 |
Top of Form Tahun 2011 Tahun 2010 Tahun 2009 Tahun 2008 Tahun 2007 Tahun 2006 Bottom of Form |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari hari.
Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu teknik pengajaran yang menggunakan kaedah lawatan. Bersesuaian dengan subjek yang di ambil, program ini juga dilihat boleh meningkatkan pengetahuan sedia kami,memberi idea baru kepada kami untuk mengajar kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak,memperolehi ilmu baru dan sekali gus memberi peluang kepada kami mendalami ilmu sains dengan lebih dekat lagi.Diharapkan dengan pelaksanaan projek ini akan mendapat manfaat yang maksimum sekaligus mencapai objektif projek ini.
5. RANCANGAN MENGAJAR
Kelas : Prasekolah Dahlia
Tarikh : 19.10.2011 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi (25 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Umur : 6 tahun
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Kejadian Gunung Berapi
Tunjang Utama : Sains Dan Teknologi
Standard Kandungan : (ST 5.1) Meneroka fenomena alam iaitu letusan gunung berapi.
Standard Pembelajaran : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk letusan gunung berapi
Kesatuan Tunjang : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid akan dapat :
- Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi.
- Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan gunung berapi.
Pengetahuan sedia ada : Kanak –kanak pernah melihat letusan gunung berapi di televisyen.
Nilai-nilai murni : Menghargai alam sekitar
Mengetahui kejadian alam semesta
Alat bantuan mengajar : Model binaan gunung berapi, cuka, baking , pewarna, pencuci pinggan mangkuk
| Langkah /Masa |
Isi Kandungan |
Aktiviti |
Catatan/Bahan |
|
Set Induksi (3 minit) |
Model Gunung Berapi |
Contoh soalan: 1.Apakah benda ini? (gunung) 2.Siapa pernah mendaki gunung? 3.Apa warna gunung?
|
Guru |
|
Langkah 1 (7 minit) |
-proses gunung berapi meletup |
Contoh soalan: 1.Mengapa gunung berapi berlaku? 2.Bagaimana terjadinya letusan gunung berapi? |
guru |
|
Langkah 2 (12 minit) |
-Demonstrasi letupan gunung berapi |
|
- Model gunung berapi. - Cuka - Pewarna - Pabun - Baking soda |
|
Penutup (3 minit) |
-Cerita pendek tentang kesan gunung berapi |
Contoh: binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain. |
- Replika binatang, pokok dan lain-lain. -Model gunung berapi yang telah digunakan |
Laporan yang telah dihasilkan ini adalah hasil daripada lawatan yang telah diadakan pada 23 Oktober 2011. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mengenalpasti subjek yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran diprasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah. Saya dan ahli kumpulan perlu mencari subjek yang sesuai untuk diajar kepada kanak-kanak diperingkat prasekolah.
Saya dan ahli kumpulan telah tertarik dengan subjek kejadian letusan gunung berapi kerana subjek ini boleh dilakukan secara amali atau eksperimen bersama kanak-kanak. Jadi, saya dan ahli kumpulan mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan gunung berapi di Pusat Sains Negara.
Disamping mencari fakta tentang gunung berapi itu, saya berasa amat kagum melihat beberapa kejadian alam seperti putaran system solar, kitaran benda hidup, proses tenaga hidrolik,puting beliung, system perkumuhan, system pernafasan, pasang surut air laut dan macam-macam lagi. Saya amat tertarik untuk mengetahui punca-punca, bagaimana,bila,kenapa dan mengapa kejadian ini berlaku dimuka bumi ini.
Pameran Dinosour juga menarik perhatian saya walaupun bilik pamerannya tidak begitu besar tetapi ada lebih kurang 10 jenis dinosaur yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya. Ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang haiwan alam purba yang bersaiz besar ini.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati dan gembira dengan lawatan ini dan berasa amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan laporan ini bersama ahli kumpulan saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Kamariah Bt Abu Bakar diatas tunjuk ajar yang diberikan. Jasa puan amat saya hargai. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan sekelas dan yang terlibat.











